sktskt.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT
Peti Surat 18, Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim
Tel : 07-8320021 e-mel : sktgsurat@gmail.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA TERKINI | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | VISI & MISI |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan Sekolah Lama

Rumah Guru Besar Lama

Sekolah ini telah dibina pada awal tahun 1880an di Tanjung Langsat oleh Kerajaan Johor. Beberapa tahun kemudian, apabila Tanjung Surat menjadi Pusat Tadbir bagi kawasan Perairan Sungai Johor, Sekolah Melayu Tanjung Langsat telah dipindahkan ke Tanjung Surat. Sekolah ini telah diasaskan oleh Dato' Timur iaitu Dato' Wan Jaffar bin Wan Nong Yahya. Sekolah ini didirikan di Tanjung Mas, Kampung Nior, Tanjung Surat. Guru yang mula-mula bertugas di sekolah ini ialah Tuan Hj. Abd. Majid.

Pada tahun 1926, sekolah ini telah dipindahkan ke Kampung Tanjung Surat keran telah mendapat sebuah bangunan baru yang didirikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor. Bilangan murid pada masa itu seramai 70 orang dengan 3 orang guru sebagai tenaga pengajar. Kebanyakan murid-murid sekolah ini datang dari kawasan yang berhampiran iaitu Tanjung Langsat, Perigi Aceh, Tanjung Buai, Tanjung Serindit, Tanjung Pinang, Air Bentan, Kampung Linting dan Tanjung Surat. Kebanyakan mereka bersampan ke sekolah. Matapelajaran yang diajar pada masa itu ialah Pengetahuan Am, Penimbul Akal, Baji Akal, Sejarah Johor dan lain-lain. Pakaian seragam mereka ialah baju kemeja putihh, seluar pentelon kuning dan bersongkok.

Pada tahun 1949, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan dari seorang ahli dermawan Inggeris iaitu Mr. Catchfall, seorang AO yang bermastautin di Tanjung Surat. Bangunan ini berharga lebih kurang $500.00 dan pembinaannya dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan.

Bangunan kantin Tawakkal sekolah

Bangunan sekolah berwajah baru

Pada bulan November 1984, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru 3 tingkat tetapi kerja-kerja pembinaan terbengkalai. Pada bulan Jun 1986, kerja-kerja pembinaan sekolah ini disambung semula dan telah siap dibina pada bulan Mac 1987. Pada bulan April 1987, murid-murid telah dapat belajar di bangunan baru. Bangunan baru ini mempunyai 6 bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, dewan, makmal sains dan bilik pandang dengar. Sebuah kantin baru juga telah disediakan di bahagian hadapan bangunan baru ini.

Pada bulan September 2006, sekolah ini telah mendapat bangunan baru bagi Pra-Sekolah beserta taman permainan kanak-kanak dan telah siap pada penghujung tahun. Mulai tahun 2007, kelas Pra-Sekolah telah dibuka kepada kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan 5 tahun. Seramai 11 orang kanak-kanak telah mendaftar dan mengikuti program ini yang dikendalikan seorang guru Pra-Sekolah kelulusan KPLI dengan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid pra-sekolah.


JBA3022
SK Tanjung Surat, Kota Tinggi

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: