sktskt.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT
Peti Surat 18, Bandar Penawar, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim
Tel : 07-8320021 e-mel : sktgsurat@gmail.com

| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | DOA SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA TERKINI | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | VISI & MISI |

BERITA TERKINI


MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU DAN RUMAH GURU BARU


Bertarikh Khamis 28 Januari 2010, SK Tanjung Surat, Kota Tinggi dengan rasminya telah menerima bangunan baru 3 tingkat  dan 2 unit rumah guru baru. Majlis menandatangani penyerahan telah dilakukan pada jam 12.30 tengahari di bilik J-Qaf, SK Tanjung Surat.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Jabatan Kerja Raya Kota Tinggi, Guru Besar SK Tanjung Surat, 2 orang Pegawai Pendidikan Daerah dan juga kontraktor-kontraktor yang membina kedua-dua projek tersebut.

Projek bangunan sekolah baru 3 tingkat bermula pada penghujung tahun 2008 dan telah siap sepenuhnya setahun kemudian iaitu penghujung tahun 2009 sementara projek rumah guru dibuat tidak jauh dari sekolah iaitu kira-kira 500 meter yang bermula pembinaannya pada pertengahan tahun 2009 dan memakan masa lebih kurang 6 bulan untuk siapkan.

Dengan adanya bangunan sekolah baru tersebut, masalah kekurangan bilik-bilik khas telah dapat diselesaikan sebelum ini. Bangunan sekolah tersebut menyediakan 2 bilik darjah, 1 bilik koperasi sekolah, bilik SAL, bili J-Qaf, makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup dan juga pertambahan tandas guru dan tandas murid.

Sementara itu, dengan adanya 2 unit rumah guru yang baru dibina memudahkan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini mencari tempat penginapan yang selama ini menumpang di quartes rumah Masjid Tanjung Surat

Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan tengahari yang diadakan di Kantin Tawakkal dan majlis bersurai jam 1.30 petang.


 Disediakan oleh,
Zainuri bin Mohd Aspar.


JBA3022
SK Tanjung Surat, Kota Tinggi

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: